Sunday, 8 May 2011

Renungan bersama...




Biar org nmpk kita jijik kerana yg mulia bkn utk dipamerkan tapi utk dijadikan teladan..



Insan xkan pernah bersyukur jika dia menganggap dirinya penuh dgn kelebihan..



Tenunglah sebentar kelemahan yg ada supaya diri tahu yg kita tidak sehebat mana..



Berjalan x semestinya sentiasa ke hdpn, berhenti dan undur lah sedikit supaya perjalanan ke hdpn lebih bermakna...



Jgn rasa diri di hujani rahmat jika diri sendiri xpernah menadah tangan memohon keampunan...


Ya Allah..sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hamba2 Mu..
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Maha Pengampun..
Ampunilah aku Ya Allah..


Saturday, 23 April 2011

Pertama Kali....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Assalamualaikum...





Alhamdulillah wa syukurillah...setelah berdekad lamanya...akhirnya termakbul jua hajat di hati untuk menulis blog...huhu...*tharu 5 saat
first of all.. i would like to appoint my infinity appreciation to my beloved rumate for giving a lot of encouragement to come out with this blog..credit to her...thanks rumate..wuwuwu..ok cukup feeling setakat ini...toing2 

Berbicara tentang pertama kali, banyak sangat perkara pertama kali berlaku dalam sejarah hidup...first, of course creating this challenging blog.. hoho...susah juga wat blog ni..memerlukan kesabaran yang tinggi... tapi syukur kerana segalanya telah dipermudahkan...


Keduanya...saya dan sahabat2 telah selamat sampai ke Kuala Lumpur International Book Fair.. first time p pesta buku besar-besaran ni...*kagum sebentar
nk cerita sket pasai pesta buku ini...


venue  :  Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur (Tun Razak Hall 2)
date  :   22nd April 2011 - 1st May 2011.


 sebilangan manusia dah membanjiri PWTC time kami sampai sana...Masya Allah..ramai sungguh..
 rakyat Malaysia ni suka membaca rupanya..bagus2..teruskan amalan mulia ni...
Islam sendiri menggalakan umatnya membaca. Malah, ayat pertama diturunkan Allah S.W.T ialah Iqra' yang bermaksud bacalah. Betapa Islam menggalak umatnya untuk menuntut ilmu...teringat pesanan naqibah, " bacalah..jgn jemu nk membaca.. kalo bley letak satu kat tepi bantal..sblum nk tido 2 baca semuka dua..kalo x lalu nk tgk buku tebal2...buka mjalah  solusi ke ape ke...xpon baca artikel2 kat tnet 2...x yah panjang2..janji kita baca"
betapa bersemangat kak naqibah mgalakkan adik2 usrahnya membaca..huhuhu..
tapi, ulat bukukah saya???


hoho..mungkin belum lagi kan...tapi saya sudah mula jatuh chenta dgn buku ni...waaa..suka tgk buku banyak2 time kat book fair kelmrin...*suka3
rasa cm nk angkut suma...cm nk tipon DHL je..tp apakan daya...itu suma nafsu semata2..sudahnya nanti plastik buku pun x abes bukak lagi...huhu..mohon dijauhkan...
jom!! kita marathon sama2...pasni bley bedah buku...*wink

Untuk entry yang julung2 kali dipostkan ni, saya amat berharap smoga blog ini membawa manfaat kepada penulis dan juga pembaca... sekiranya ada yang tersalah di mana2...mohon tunjuk ajar daripada sahabat2...sekian, wallahualam.







Saturday, 2 April 2011

SIAPAKAH YANG...






Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas ialah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit ialah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal ialah orang yang akan menghuni syurga kerana telah menggunakan akalnya  sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.